Monday, 4 March 2013

Negeri 5 Menara: Bab 5 - Man Jadda Wajada

   "Man Jadda Wajada" bererti "siapa yang bersungguh-sungguh, dia berjaya". Ianya sebuah frasa berbahasa Arab yang seperti mempunyai mantera ajaib kerana dapat membuat orang-orang ampuh bekerja bagai tersengat ribuan lebah. 

Negeri 5 Menara: Bab 4 - Kampung di Atas Kabut

   Setelah Penulis dan bapanya tiba di Pondok Madani, Penulis dikejutkan oleh sebuah ujian yang dapat menentukan sama ada dia dapat mendaftar untuk memasuki sekolah itu. Penulis berasa gementar dan dia tidak mahu gagal dalam ujian itu kerana pada pendapatnya, dia akan membawa malu ke atas dirinya. Apabila menerima keputusan ujian itu, Penulis berasa lega kerana dia lulus ujian itu.

Sunday, 3 March 2013

Negeri 5 Menara: Bab 3: Rapat Tikus

   Ianya menceritakan tentang perjalanan Alif dan bapanya menaiki bas selama tiga hari untuk tiba di Pondok Madani untuk berdaftar di sana.

Friday, 1 March 2013

Negeri 5 Menara: Bab 2 - Keputusan Setengah Hati

   Penulis lulus dan mahu berdaftar di SMA Bukittingi tetapi ibunya mahu menghantarnya ke Madrasah Aliyah kerana mahu seorang tunas unggul yang masuk ke situ. Kededuanya bertengkar buat seketika dan pada waktu itu, mengharapkan ayahnya supaya 'menolongnya'. Namun, ayahnya tidak melakukan apa-apa dan hanya berkata, " Sudahlah, ikuti sahaja kata emak, itu yang terbaik.". Selepas kejadian itu, Penulis ber'mogok' dan sedang dia menguncikan dirinya, ibunya menhulurkan sekeping sampul surat di bawah daun pintu yang ditulis oleh Pakcik Gindo. Pakcik Gindo sedang belajar di Mesir dan mereka saling berkirim surat. Selepas membaca surat itu, Penulis membuat keputusan untuk belajar di Pondok Madani. Walaupun kurang pasti tentang keputusannya, Penulis memberitahu cadangannya itu kepada ibu dan ayahnya. Pada mulanya, mereka berasa sangsi kerana sekolah itu terletak di Jawa. Selepas ibu dan ayah Penulis berbincang, mereka bersetuju dengannya.
  
   Pada pandangan saya, sebagai seorang anak remaja, kita mempunyai pendapat dan cita-cita kita sendiri. Walaupun ibu dan ayah kita selalu berkata bahawa merekalah yang tahu apa yang terbaik buat kita, mereka tidak sepatutnya betul dan harus menanyakan kita dahulu. Mereka tidak boleh memaksa kita membuat sesuatu yang tidak disukai diri kita. 

Negeri 5 Menara: Bab 1 - Pesan Dari Masa Silam

   Penulis bekerja sebagai wartawan yang berasal dari Indonesia yang berpejabat di Amerika Syarikat. Pada Disember petang itu, dia berada di Independence Avenue,Washington, DC dan hari itu adalah hari terakhirnya memasuki pejabat sebelum terbang ke Eropah untuk bertugas serta urusan peribadinya iaitu untuk menghadiri undangan The World Inter-Faith Forum. Dia perlu ke London untuk mewawancara Tony Blair, Perdana Menteri Britain. Ketika dia sudah bersiap untuk pergi, dia terdapat satu pesanan daripada seseorang yang bernama 'Atang Bandung' melalui messenger. Setelah mereka 'berbual',Alif mendapat tahu bahawa Atang adalah kawan baiknya di sekolahnya dahulu dan mereka berdua terputus hubungan semenjak lulus. 

   Pada pandangan saya, Penulis adalah seorang yang berjaya dan mempunyai kerjaya yang tidak menentu kerana dia dapat mewawancara Tony Blair dan bekerja di Washington walaupun berasal dari Indonesia. Namun, kerjayanya memerlukannya mewawancara orang-orang di sekeliling dunia dan dia harus seringkali travel.