Tuesday, 15 January 2013

Hari Pertamaku di Sekolah

  Hatiku berdebar-debar menanti ketibaan bas untuk ke sekolah. Aku melihat jam tanganku buat kali keenam dalam masa dua minit. Aku berasa resah. Tanganku pula basah dek peluh. Tiga minit kemudian, bas yang aku tunggu pun tiba. Aku pun memanjangkan tanganku untuk menahan bas tersebut lalu menyalam ibuku sebelum aku menaiki bas itu.
  Hari itu adalah hari pertamaku ke sekolah menengahku. Dahulu, aku hanya perlu berjalan sahaja ke sekolahku kerana ianya hanya terletak berhampiran rumah. Kini, lain pula perjalanannya - aku harus menaiki dua bas untuk ke sekolah. 
  Setibanya aku di sekolah, semuanya kelihatan berbeza. Walaupun pernah ke sekolah itu beberapa kali sebelum itu, aku tetap rasa aneh. Pelik. Tanpa berlengah lagi, aku pun terus ke dewan sekolah selepas menyemak nama dan kelasku.
  Aku pun duduk di kelas yang telah diberikan kepadaku. "This is it. This is life. You have to learn how to blend in with the others." bisik kecil hatiku lalu menarik beberapa nafas yang panjang.
  Hari itu juga adalah sebahagian daripada hari program orientasi. Walaupun terdapat beberapa pertukaran pada saat-saat terakhir, program-program yang telah dirancangkan pada peringkat awal masih lagi diteruskan.
  Aku memerhatikan bahawa murid-murid lelaki lebih senang berinteraksi antara satu sama lain berbanding  dengan murid-murid perempuan.
  Apapun, aku tetap berasa seronok dan gembira kerana ianya satu kenangan manis yang tidak dapatku lupai selagi hayat dikandung badan. Pastinya hari itu adalah salah satu daripada hari-hari yang amat aku rindui.

8 comments:

  1. Saya rasa awak akan sentiasa berasa takut pada permulaan sesuatu yang baharu, saya juga begitu, dan saya pasti semua orang pun begitu, tapi masa akan memperbaiki keadaan. Saya berharap awak suka dan gembira berada dan belajar di sini. Saya juga boleh dijadikan teman berbual dan teman mendengar. Ok? :)

    ReplyDelete
  2. Saya pasti hari-hari lain yang akan kamu luangkan di Sekolah Menengah Xinmin seronok seperti hari pertama itu. :) Jangan bimbang, kamu pasti akan mendapat ramai rakan-rakan yang baru. =)

    ReplyDelete
  3. Saya harap awak akan gembira di Xinmin, dan saya juga harap kami dapat mengenali diri satu sama lain dengan lebih :)

    ReplyDelete
  4. Saya tahu kamu akan mempunyai kawan-kawan di Sekolah Menengah Xinmin.

    ReplyDelete
  5. Jangan risau. Saya pasti kamu akan mendapat ramai kawan-kawan di dalam sekolah ini. (:

    ReplyDelete
  6. Saya harap awak akan mempunyai ramai kawan-kawan di sekolah kita.

    ReplyDelete
  7. Semua orang berasa takut pada hari pertama sekolah baharu.

    ReplyDelete
  8. Kamu masih ada 4 tahun. Saya harap awak akan berkawan dengan ramai kerana kawan-kawan memberi banyak sokongan untuk apa-apa sahaja.

    ReplyDelete