Monday, 28 January 2013

Watak dan Perwatakan

Semalam, saya telah belajar tentang Karangan Naratif dan Watak dan Perwatakan daripada Puan Ida, guru Bahasa Melayu saya...


Karangan Naratif: Buatkan tiga watak dan kembangkan perwatakannya.

#1:
      Nurul Faizah - Salah seorang rakan saya di sekolah lama saya. Dia adalah seorang yang periang, peramah dan juga agak 'kasar'. Kami telah berkawan sejak darjah empat lagi. Antara kawan-kawan saya, Faizahlah yang selalu suka 'mengganggu' kami. Dia juga senang berkawan dengan budak-budak lelaki dan suka bermain papan gelungsur serta bola sepak. Dia adalah peminat setia Nick Jonas dari Jonas Brothers walaupun tahu bahawa Nick mempunyai penyakit kencing manis. Semasa kami berjumpa selepas sehari dia pulang dari Legoland, dia menunjukkan rantai kunci lego yang diukir nama "Nick" di sebelah tepinya.

#2:
      Nurul Nadhirah -  Salah seorang rakan saya di  sekolah lama saya. Dia adalah seorang yang mudah tersenyum. Kami telah berkawan sejak darjah tiga lagi. Antara kawan-kawan saya, Nurullah yang selalu suka ketawa apabila Faizah membuat jenaka. Dia suka menyanyi lagu-lagu seperti "Young Love", "Payphone", "Cinta Muka Buku" dan lain-lain lagi.


#3:
      Nur Sukainah - Salah seorang kawan saya di  sekolah lama saya. Dia adalah seorang yang asyik menukar fikirannya banyak kali. Dia juga ringan mulut dan menyukai Zayn Malik dari One Direction hinggakan sanggup membeli barang-barang dan album-album One Direction. Rakan-rakan sedarjah kami, termasuklah guru-guru kami sering mengusiknya, terutamanya budak-budak lelaki.

1 comment:

  1. Baik Halimatun.. saya dapat gambarkan kawan- kawan awak yang 'gila-gila itu.. mesti kelakar bukan dapat bertemu dengan mereka?

    ReplyDelete