Friday, 1 February 2013
Kegiatan Kokurikular Saya di Sekolah Menengah
Sewaktu saya di sekolah rendah dahulu, saya memasuki kelab seni tembikar. Namun, saya telah memilih untuk memasuki Kelab Media di sekolah menengah kerana tiada kelab seni tembikar di sini. Saya berasa sungguh gembira dan terkejut semasa diumumkan guru bahawa saya telah mendapat kegiatan kokurikular yang saya mahu. Akan tetapi, saya juga berasa gementar kerana tidak tahu sama ada semua ini berjalan dengan lancar atau sebaliknya. Guru yang bertanggungjawab menguruskan kegiatan itu berkata bahawa saya harus bersedia secara fisikal mahupun mental dan juga bersiap sedia untuk mengorbankan masa. Ini kerana adanya acara-acara yang ditetapkan pada waktu malam dan semestinya mempunyai orang-orang yang harus menyiapkan mikrofon serta mengambil gambar-gambar. Saya juga diberitahu olehnya bahawa sekumpulan murid-murid sedang mencuba untuk menghasilkan sebuah aplikasi untuk memudahkan lagi murid-murid mengulankaji pelajaran Sains. Ianya juga akan memakan masa lebih kurang satu setengah tahun. Kegiatan kokurikular ini juga dianggap sebagai sebuah kegiatan yang amat serius dan harus memberikan komitmen dalam apa-apa kerja yang diberikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment