Friday, 15 February 2013

Hari Pertahanan Mutlak

   Tanggal 15 Febuari adalah Hari Pertahanan Mutlak. Ianya disambut setiap tahun untuk memperingati orang ramai bahawa kita harus menghargai segala barang yang diberikan kepada kita sekecil mana sekalipun.
   Pada waktu berhimpun pagi tadi, naib pengetua sekolah saya telah memberi ucapan sempena Hari Pertahanan Mutlak hari ini.Kami diberitahu bahawa kami akan dihidangkan hanya bubur keledek  dan tembikai sahaja pada waktu rehat. Saya tidak sama sekali terkejut akan berita itu kerana di sekolah rendah saya dahulu, meraka telah melakukan yang sama.
   Ketika waktu mata pelajaran kelas Home Economics pagi tadi, guru saya terdengar bunyi semboyan yang menandakan bahawa kami harus cepat beredar dari situ. Beliau pun mengarahkan kami keluar dari kelas dan beratur. Keadaan menjadi kucar-kacir kerana terdapat banyak lagi kelas-kelas yang beratur untuk ke dewan sekolah. Kemudian, beliau mengira bilangan murid-muridnya untuk memastikan bahawa tiada murid yang tertinggal di kelas. Saya dapat merasakan bahawa beliau berasa cemas semasa mendapat tahu satu murid sudah 'hilang'. Beliau rasa lega selepas salah seorang rakan sekelas saya memberitahu seorang murid tidak hadir ke sekolah.
   Kami pun ke dewan sekolah dan berhimpun di situ. Guru kami menyemak kehadiran kami untuk mengesahkan lagi. Setelah itu, kami menuju balik ke kelas dan menyambung pelajaran kami.
   Pada waktu rehat, saya beratur di Gerai 6 untuk mengambil bubur keledek itu dan makannya. Rasanya sungguh enak sekali.  

No comments:

Post a Comment