Monday, 18 February 2013

Video Kegemaran Saya

 Video ini adalah salah satu video kegemaran saya kerana saya mendapati ianya lucu walaupun telah  menontonnya banyak kali. Ia telah dimuatnaikkan oleh seseorang yang mempunyai nama akaun HairyshamEcan.

Friday, 15 February 2013

Hari Pertahanan Mutlak

   Tanggal 15 Febuari adalah Hari Pertahanan Mutlak. Ianya disambut setiap tahun untuk memperingati orang ramai bahawa kita harus menghargai segala barang yang diberikan kepada kita sekecil mana sekalipun.
   Pada waktu berhimpun pagi tadi, naib pengetua sekolah saya telah memberi ucapan sempena Hari Pertahanan Mutlak hari ini.Kami diberitahu bahawa kami akan dihidangkan hanya bubur keledek  dan tembikai sahaja pada waktu rehat. Saya tidak sama sekali terkejut akan berita itu kerana di sekolah rendah saya dahulu, meraka telah melakukan yang sama.
   Ketika waktu mata pelajaran kelas Home Economics pagi tadi, guru saya terdengar bunyi semboyan yang menandakan bahawa kami harus cepat beredar dari situ. Beliau pun mengarahkan kami keluar dari kelas dan beratur. Keadaan menjadi kucar-kacir kerana terdapat banyak lagi kelas-kelas yang beratur untuk ke dewan sekolah. Kemudian, beliau mengira bilangan murid-muridnya untuk memastikan bahawa tiada murid yang tertinggal di kelas. Saya dapat merasakan bahawa beliau berasa cemas semasa mendapat tahu satu murid sudah 'hilang'. Beliau rasa lega selepas salah seorang rakan sekelas saya memberitahu seorang murid tidak hadir ke sekolah.
   Kami pun ke dewan sekolah dan berhimpun di situ. Guru kami menyemak kehadiran kami untuk mengesahkan lagi. Setelah itu, kami menuju balik ke kelas dan menyambung pelajaran kami.
   Pada waktu rehat, saya beratur di Gerai 6 untuk mengambil bubur keledek itu dan makannya. Rasanya sungguh enak sekali.  

Wednesday, 13 February 2013

Selasa, 120213

Saya tidak buat banyak perkara, cuma cuba menyelesaikan penyelidikan untuk project Home Economics saya.

Isnin, 110213

   Saya sekeluarga ke pantai Sembawang untuk memancing. Malangnya, hujan mula turun. Kami pun mengemas barang-barang kami dengan cepat. Walaupun mempunyai dua paying dan dua baju hujan, kami tetap basah. Namun begitu, kami masih lagi sempat makan di sebuah kedai kopi sebelum menuju balik ke rumah.

Ahad, 100213

Saya bangun pagi dan menolong ibu saya menyapu dan mengemas rumah. Saya juga cuba menghabiskan kerja sekolah.

Sabtu, 090213

   Saya bangun dari tidur dan ke madrasah seperti biasa dan membuat kerja sekolah selepas itu.

Friday, 1 February 2013

Pesona Pantun 2013

   Pergi ke pekan membeli barang,
   Balik ke rumah air dijerang,
   Ini pantun saya karang,
   Buat semua yang tersayang.


   Burung helang terbang masyhur,
   Burung hantu terbang malam,
   Pagi-pagi bangun sahur,
   Makan nasi dengan ayam.


   Tenun kapas menjadi benang,
   Benang ditenun menjadi kain,
   Cerita lepas usah dikenang,
   Sudah menjadi milik yang lain.

Kegiatan Kokurikular Saya di Sekolah Menengah

   Sewaktu saya di sekolah rendah dahulu, saya memasuki kelab seni tembikar. Namun, saya telah memilih untuk memasuki Kelab Media di sekolah menengah kerana tiada kelab seni tembikar di sini. Saya berasa sungguh gembira dan terkejut semasa diumumkan guru bahawa saya telah mendapat kegiatan kokurikular yang saya mahu. Akan tetapi, saya juga berasa gementar kerana tidak tahu sama ada semua ini berjalan dengan lancar atau sebaliknya. Guru yang bertanggungjawab menguruskan kegiatan itu berkata bahawa saya harus bersedia secara fisikal mahupun mental dan juga bersiap sedia untuk mengorbankan masa. Ini kerana adanya acara-acara yang ditetapkan pada waktu malam dan semestinya mempunyai orang-orang yang harus menyiapkan mikrofon serta mengambil gambar-gambar. Saya juga diberitahu olehnya bahawa sekumpulan murid-murid sedang mencuba untuk menghasilkan sebuah aplikasi untuk memudahkan lagi murid-murid mengulankaji pelajaran Sains. Ianya juga akan memakan masa lebih kurang satu setengah tahun. Kegiatan kokurikular ini juga dianggap sebagai sebuah kegiatan yang amat serius dan harus memberikan komitmen dalam apa-apa kerja yang diberikan.