Wednesday, 1 July 2015

Perbualan Berdasarkan Topik (Hari Pertama)

Soalan: Pelajar patut melibatkan diri secara aktif dalam usaha pemuliharaan atau kegiatan-kegiatan untuk memelihara persekitaran. Berikan komen anda.

Jawapan SAYA: Saya amat bersetuju dengan pelajar melibatkan diri dalam u saha pemuliharaan dan kegiatan-kegiatan memelihara persekitaran. Saya rasa bahawa ini salah satu perkara yang akan dapat membuat seseorang pelajar itu menghilangkan tekanan, sama ada tekanan di sekolah, di rumah dan lain-lain lagi. Hal ini demikian kerana pelajar mungkin akan berasa tenang apabila melakukan aktiviti-aktiviti tersebut dan pada masa yang sama, berasa seronok kerana melakukannya bersama rakan-rakan mereka. Kedua, ini akan meningkatkan lagi sedaran pelajar-pelajar akan persekitaran mereka. Mereka mungkin tidak tahu banyak perkara tentang hal tersebut dan ini akan membuat mereka lebih tahu akan masalah-masalah yang melanda dalam hendak memulih dan memelihara persekitaran. Salah satu cadangan ialah berkebun. Pelajar akan diberi peluang untuk menanam pokok pilihan mereka di taman yang berada di sekolah mereka ataupun bedekatan dengan sekolah mereka dan akan menjaga pokok mereka itu dengan baik. Secara keseluruhannya, saya berasa bahawa penglibatan diri pelajar dalam memulih serta memelihara persekitaran amat dialu-alukan.

No comments:

Post a Comment