Tuesday, 30 June 2015
Gambar Perbualan Hari Pertama
Gambar ini menunjukkan situasi di bandar, berdekatan dengan satu bangunan. Terdapat ramai orang yang sedang mengutip sampah dengan bersungguh-sungguh. Mereka mungkin adalah para sukarelawan dan pencinta alam dari pusat kebajikan kerana mereka semua kelihatan seperti sedang memakai baju yang sama. Berkemungkinan besar mereka mengutip sampah-sampah tersebut kerana ingin meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya untuk menjaga dan menyayangi alam sekitar. Mereka mungkin sedang melakukannya pada waktu tengah hari kerana tidak ramai orang yang berlalu-lalang di situ kerana mereka pergi makan tengah hari. Mereka kelihatan sedang mungutip sampah sarap di kawasan tersebut dengan menggunakan penyepit dan memasukkan sampah terseut ke dalam beg plastik yang dipegang. Jika saya salah seorang daripada sukarelawan dalam gambar itu, saya mungkin akan berasa bahagia dan bangga dengan diri saya kerana dapat membantu dan menyumbang kepada masyarakat serta alam sekitar. Pada masa yang sama juga, saya mungkin akan berasa sedih kerana sedar akan betapa banyak sampah yang berselerak di situ.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment