Tuesday 30 June 2015

Sukan Asia Tenggara yang ke-28 | Bola Sepak: Singapura lawan Indonesia (20150611)




Perlawanan antara Singapura dengan Indonesia pada malam Khamis tersebut menentukan pasukan manakah yang akan dapat mara ke peringkat seterusnya. Maka, kepentingan perlawanan ini sudah jelas terbukti lebih awal lagi kerana kedua-dua pasukan mempunyai azam yang kuat serta daya fizikal yang juga kuat. 


Dalam tempoh sepuluh minit pertama perlawanan tersebut, sebanyak tiga kad kuning telah dikeluarkan. Pada minit yang ke-28 pula, tindakan Paulo Sitanggang telah menyebabkan penjaga gawang Singapura, Syazwan Buhari terlepas daripada menelamatkan bola. Namun begitu, Evan Dimas, yang dikatakan ramai orang sebagai pemain yang berbahaya dan patut diambil perhatian terhadap, gagal mengawal bola. Walau bagaimanapun, sepuluh minit kemudian, aksi "one-two" beliau yang kemas bersama Ahmad Noviandi serta tendangan Ahmad yang hebat  telah menyebabkan Syazwan untuk menyelamatkan bola berdekatan gawangnya.Keperluan yang amat sangat bagi memenangi perlawanan tersebut telah menyebabkan jurulatih Singapura, Aide Iskandar, membuat penggantian pemainnya pada separuh masa supaya Irfan Fandi dan Faris Ramli bermain.


Walaupun ianya pertandingan yang sengit, empat pemain Singapura telah diberi amaran pada 20 minit yang terakhir. Ini telah menyebabkan pemain-pemain Singapura yang lain berasa kecewa dan Singapura tewas dengan 0-1. Sejurus selepas permainan itu juga, Aide Iskandar meletakkan jawatannya.








Pendapat saya?


Pada pendapat saya, pemain-pemain Singapura telah memberikan segala tumpuan serta usaha mereka dengan baik. Walaupun saya juga rasa bahawa prestasi mereka kali ini adalah yang paling mengecewakan, mereka boleh mempelajari daripada kesilapan mereka serta mengubah strategi mereka. Bagi jurulatih Aide Iskandar pula, dia tidak patut meletakkan jawatannya hanya kerana permainan yang mengecewakan itu. Dia boleh mengkaji tentang sebab pasukannya kalah dan mengeksperimen strategi-strategi baharu yang sesuai dengan pasukannya serta mencuba lagi.




No comments:

Post a Comment