Sunday 28 June 2015

(Gempa Bumi Sabah)

Tanggal 5 June 2015, Jumaat, gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter telah melanda negeri Ranau, Sabah selama 30 saat. Ini telah mengakibatkan 18 nyawa terkorban, termasuk 10 warganegara Singapura - tujuh pelajar dan dua guru daripada Sekolah Rendah Tangjong Katong serta pemandu pengembara yang menemani mereka ke Gunung Kinabalu itu. Kebanyakan daripada 19 orang yang terbunuh atau cedera pada gunung ini ialah mereka yang berada di perjalanan Via Ferrata. Gegaran itu turut dirasai di Tambunan, Tuaran, Kota Kinabalu, Kota Belud dan Beaufrort, selain berpuluh gegaran susulan berskala kecil. 

Pelajar-pelajar dan guru-guru tersebut merupakan rombongan yang terakhir untuk mendaki gunung itu. Mereka yang sepatutnya pergi mendaki pada waktu yang ditetapkan itu memulakan aktiviti mereka setengah jam lebih awal. Dikatakan tujuan mereka ke sana dan melakukan aktiviti tersebut adalah untuk meghadiri sebuah program bernama Omega Challenge. Cabaran Omega, di mana murid-murid dan guru-guru berjalan sehingga Gunung Kinabalu, adalah sebahagian daripada program khas yang direka untuk pemimpin pelajar sekolah dan pemimpin sukan.


Dibahagikan kepada lima pasukan, beberapa pelajar baru sahaja memakai abah-abah tali mereka apabila mereka terdengar bunyi batu-batu bergolekan sambil ternampak batu-batu daripada gunung tersebut bergolekan ke arah mereka. Ribut debu yang disebabkan oleh runtuhan batu menghalang pemandu-pemandu pengembaraan daripada melihat bahaya yang mendatang dan bertindak untuk menyelamatkan kanak-kanak yang diikat dengan abah-abah. Namun, semuanya berlaku dengan begitu pantas sehingga tidak mempunyai masa untuk bertindak.





Timbul berbagai persoalan

Kejadian ini menimbulkan pelbagai persoalan kerana secara saintifiknya, Malaysia tidak berada di dalam Lingkaran Api Pasifik (lingkaran gunung berapi lipat tua) yang boleh menyebabkan berlakunya gempa bumi tersebut.


Namun, terdapat juga sebab yang lain gempa bumi itu berlaku secara tiba-tiba. Beberapa rakyat asing telah didakwa bertelanjang dan membuang air kecil di gunung yang dipercayai "suci" oleh puak-puak di Sabah itu selang beberapa hari sebelum gempa bumi tersebut. Tindakan itu dikatakan telah menimbulkan kemarahan roh-roh gunung tersebut lalu menyebabkan gempa bumi.



Pendapat saya? 


Kejadian di Sabah ini dilihat mempunyai persamaan dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di Nepal baru-baru ini kerana lokasi kejadian di kawasan tanah tinggi yang sukar diakses dengan pantas. Pada pendapat saya, walaupun Malaysia tidak berada dalam Lingkaran Api Pasifik tersebut, tidak semestinya ia mustahil untuk berlakunya gempa bumi itu kerana masih mempunyai kemungkinan walaupun rendah.


Guru yang sebenarnya terselamat daripada bencana itu tetapi berpatah balik untuk menyelamatkan anak murid kesayangannya patut digelar seorang wira kerana tidak mementingkan dirinya sendiri dan sanggup bergadai nyawanya demi menyelamatkan nyawa orang lain. Malangnya, beliau tidak berturun kembali dan terbunuh dalam kejadian tersebut. 


Bagi warga asing yang berbogel di gunung tersebut, mereka tidak sepatutnya berbuat demikian kerana harus mematuhi pantang larang serta peraturan ketika berada di persekitaran yang luar daripada kebiasaan mereka. Mereka juga sepatutnya menghormati kepercayaan puak-puak asli itu.





No comments:

Post a Comment