Tuesday 30 June 2015

Sukan Asia Tenggara yang ke-28 | Olahraga: 200m (Wanita) (20150612)

Jun 10: Pelari pecut tempatan Shanti Pereira telah memecahkan rekod kebangsaannya sendiri dalam acara 200m wanita dengan menghabiskan dalam masa 23.82 saat, lebih pantas daripada rekod beliau sebelum ini iaitu 23.99 saat.

Beliau mencatatkan masa rekod beliau semasa saringan pada pagi Rabu, Jun 10. Pereira juga menduduki tempat kedua dalam saringan itu, dengan Kayla Anise Richardson dari Filipina yang menduduki tempat pertama dengan catatan masa 23.67s. Kedua-dua mereka telah layak ke perlawanan akhir pada hari Rabu petang.


Tempoh masanya juga meletakkan beliau dalam kedudukan yang baik untuk memenangi pingat lain, selepas dia meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter wanita pada hari Selasa malam - pingat pecut wanita pertama di Singapura pada Sukan SEA sejak tahun 1973.


Rakan senegara Pereira, Kugapriya Chandran, juga layak ke pusingan akhir dan menetapkan rekod peribadi baru terbaik dengan masa 24.94s.




Pendapat saya?


Shanti Veronica Pereira adalah seorang olahragawati yang mempunyai bakat besar dan juga berpotensi serta seorang yang bekerja keras. Ketekunannya juga boleh dijadikan sebagai contoh bagi sesiapa sahaja yang mahu menceburi bidang sukan secara bersungguh-sungguh. Dia juga telah membanggakan negara Singapura sebagai tuan rumah kepada acara sukan ini pada tahun ini. Memang patut dia mendapat kemenangan tersebut kerana telah berusaha dengan keras. Saya berharap bahawa dia akan terus berlatih lagi dan merangkumi lebih lagi pingat emas buat Singapura.




No comments:

Post a Comment