Tuesday, 30 June 2015

Sukan Asia Tenggara yang ke-28 | Pencak Silat: Singapura lawan Thailand (Perempuan) (20150613)

Nurul Suhaila Mohamed Saiful telah menewaskan pesaing Thai nya, Supparat Keawkaew dan maju ke peringkat separuh akhir dalam kategori Kelas D individu wanita.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang berada di tempat duduk penonton untuk bersorak pada atlet Singapura mengucapkan tahniah kepada Suhaila. Nurul Suhaila telah memenangi pingat perak dalam kejohanan dunia silat awal Januari ini dan diletakkan harapan untuk memenangi pingat emas pada Sukan SEA tahun ini. Dia seterusnya akan menghadapi Siti Rahmah Mohamed Nasir dari Malaysia dalam separuh akhir.


Kata Nurul Suhaila: "Saya menilaikan prestasi saya kira-kira lapan daripada sepuluh. Jika bukan kerana sakit tekak dan batuk saya, saya akan dapat menolak diri saya lebih jauh. Jadi, untuk separuh akhir, saya akan memberi lebih daripada yang terbaik. "


No comments:

Post a Comment