Saturday 27 June 2015

Sukan Asia Tenggara yang ke-28 | Floorball (20150614)


Singapura menewaskan Thailand 2-1 menerusi penalti bagi pusingan terakhir floorball wanita dan berakhir 3-3 dalam masa peraturan, manakala pasukan lelaki Singapura menewaskan pasukan lelaki Thailand yang malang dengan kemenangan 9-0.


Dengan sokongan daripada orang ramai yang memenuhi tempat pertandingan itu, pasukan floorball Republic itu membawa pulang pingat emas dalam perlawanan akhir floorball wanita - selepas menewaskan Thailand menerusi penalti "shoot-out".


Thailand memberi amaran yang adil kepada tuan rumah dalam tempoh pertama perlawanan itu sambil ia dengan berjaya meletakkan bola ke dalam jaring.


Hanya sehingga 14 minit dan 31 saat ke dalam permainan apabila Cheryl Yeo menjaringkan gol untuk Singapura, dan sekaligus membuatkan markah mejadi 1-1 untuk tempoh pertama.


Tempoh kedua dimainkan seperti "tug-of-war", dengan Singapura Ong Hui Hui menggiring bola ke dalam jaring hanya satu minit ke dalam permainan - bagaimanapun kelebihan tersebut diambil oleh pemain- pemain Thai pada 9 minit dan dua saat. Ou Mei Wen kemudian menjaringkan gol 57 saat kemudian untuk menamatkan tempoh yang kedua pada 3-2 kepada tuan rumah.


Thailand telah berjuang dengan kukuh dalam tempoh yang ketiga dan terakhir, sebelum jaringan menjadikan kedudukan 3-3. Pemain Singapura pula berkali-kali menggiring bola berdekatan dengan jaring, namun dihalang pemain Thai yang mempunyai pertahanan yang sengit. 



Ketua pasukan Wynne Tan berkata walaupun Thailand "benar-benar hebat", pasukannya memberi galakan kepada antara satu sama lain sebelum penalti "shoot-out' yang amat penting itu. Beliau berkata: "Sebagai satu pasukan kita mempercayai satu sama lain dan apa yang boleh kita lakukan di gelanggang."


Prestasi pasukan Singapura selama Sukan SEA ini agak konsisten, mengalahkan Malaysia dan Thailand dengan 5-0 dan 2-1 masing-masing dalam pusingan awal.



Pasukan lelaki memenangi pingat emas untuk melengkapkan "double"




Perlawanan pingat emas lelaki adalah satu urusan yang agak mudah untuk Pasukan Singapura, kerana mereka menewaskan Thailand dan meraih pingat emas kedua pasukan tuan rumah dalam floorball.


Walaupun Thailand menjaringkan satu gol pada suku pertama, Singapura memimpin perlawanan itu dengan 4-0 pada separuh masa. Namun akhirnya, kemenangan berpihak kepada pasukan Singapura dengan 9-0.


Keputusan ini mempunyai perbezaan ketara daripada apabila pasukan-pasukan tersebut bertemu dalam pusingan awal, di mana Singapura menang 4-2.


Salah satu pemain pasukan Singapura, Akmal Shaharudin, mendedikasikan pencapaian kemenangan tersebut kepada "keluarga dan rakan-rakan kami".






No comments:

Post a Comment