Video ini adalah salah satu video kegemaran saya kerana saya mendapati ianya lucu walaupun telah menontonnya banyak kali. Ia telah dimuatnaikkan oleh seseorang yang mempunyai nama akaun HairyshamEcan.
Monday, 18 February 2013
Video Kegemaran Saya
Friday, 15 February 2013
Hari Pertahanan Mutlak
Tanggal 15 Febuari adalah Hari Pertahanan Mutlak. Ianya disambut setiap tahun untuk memperingati orang ramai bahawa kita harus menghargai segala barang yang diberikan kepada kita sekecil mana sekalipun.
Pada waktu berhimpun pagi tadi, naib pengetua sekolah saya telah memberi ucapan sempena Hari Pertahanan Mutlak hari ini.Kami diberitahu bahawa kami akan dihidangkan hanya bubur keledek dan tembikai sahaja pada waktu rehat. Saya tidak sama sekali terkejut akan berita itu kerana di sekolah rendah saya dahulu, meraka telah melakukan yang sama.
Ketika waktu mata pelajaran kelas Home Economics pagi tadi, guru saya terdengar bunyi semboyan yang menandakan bahawa kami harus cepat beredar dari situ. Beliau pun mengarahkan kami keluar dari kelas dan beratur. Keadaan menjadi kucar-kacir kerana terdapat banyak lagi kelas-kelas yang beratur untuk ke dewan sekolah. Kemudian, beliau mengira bilangan murid-muridnya untuk memastikan bahawa tiada murid yang tertinggal di kelas. Saya dapat merasakan bahawa beliau berasa cemas semasa mendapat tahu satu murid sudah 'hilang'. Beliau rasa lega selepas salah seorang rakan sekelas saya memberitahu seorang murid tidak hadir ke sekolah.
Kami pun ke dewan sekolah dan berhimpun di situ. Guru kami menyemak kehadiran kami untuk mengesahkan lagi. Setelah itu, kami menuju balik ke kelas dan menyambung pelajaran kami.

Pada waktu rehat, saya beratur di Gerai 6 untuk mengambil bubur keledek itu dan makannya. Rasanya sungguh enak sekali.
Wednesday, 13 February 2013
Selasa, 120213
Saya tidak buat banyak perkara, cuma cuba menyelesaikan penyelidikan untuk project Home Economics saya.
Isnin, 110213
Saya sekeluarga ke pantai Sembawang untuk memancing. Malangnya, hujan mula turun. Kami pun mengemas barang-barang kami dengan cepat. Walaupun mempunyai dua paying dan dua baju hujan, kami tetap basah. Namun begitu, kami masih lagi sempat makan di sebuah kedai kopi sebelum menuju balik ke rumah.
Ahad, 100213
Saya bangun pagi dan menolong ibu saya menyapu dan mengemas rumah. Saya juga cuba menghabiskan kerja sekolah.
Sabtu, 090213
Saya bangun dari tidur dan ke madrasah seperti biasa dan membuat kerja sekolah selepas itu.
Friday, 1 February 2013
Pesona Pantun 2013
Pergi ke pekan membeli barang,
Balik ke rumah air dijerang,
Ini pantun saya karang,
Buat semua yang tersayang.
Burung helang terbang masyhur,
Burung hantu terbang malam,
Pagi-pagi bangun sahur,
Makan nasi dengan ayam.
Tenun kapas menjadi benang,
Benang ditenun menjadi kain,
Cerita lepas usah dikenang,
Sudah menjadi milik yang lain.
Balik ke rumah air dijerang,
Ini pantun saya karang,
Buat semua yang tersayang.
Burung helang terbang masyhur,
Burung hantu terbang malam,
Pagi-pagi bangun sahur,
Makan nasi dengan ayam.
Tenun kapas menjadi benang,
Benang ditenun menjadi kain,
Cerita lepas usah dikenang,
Sudah menjadi milik yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)