Soalan: Pelajar patut melibatkan diri secara aktif dalam usaha pemuliharaan atau kegiatan-kegiatan untuk memelihara persekitaran. Berikan komen anda.
Jawapan SAYA: Saya amat bersetuju dengan pelajar melibatkan diri dalam u saha pemuliharaan dan kegiatan-kegiatan memelihara persekitaran. Saya rasa bahawa ini salah satu perkara yang akan dapat membuat seseorang pelajar itu menghilangkan tekanan, sama ada tekanan di sekolah, di rumah dan lain-lain lagi. Hal ini demikian kerana pelajar mungkin akan berasa tenang apabila melakukan aktiviti-aktiviti tersebut dan pada masa yang sama, berasa seronok kerana melakukannya bersama rakan-rakan mereka. Kedua, ini akan meningkatkan lagi sedaran pelajar-pelajar akan persekitaran mereka. Mereka mungkin tidak tahu banyak perkara tentang hal tersebut dan ini akan membuat mereka lebih tahu akan masalah-masalah yang melanda dalam hendak memulih dan memelihara persekitaran. Salah satu cadangan ialah berkebun. Pelajar akan diberi peluang untuk menanam pokok pilihan mereka di taman yang berada di sekolah mereka ataupun bedekatan dengan sekolah mereka dan akan menjaga pokok mereka itu dengan baik. Secara keseluruhannya, saya berasa bahawa penglibatan diri pelajar dalam memulih serta memelihara persekitaran amat dialu-alukan.
Blog Bahasa Melayuku
Wednesday, 1 July 2015
Tuesday, 30 June 2015
Gambar Perbualan Hari Pertama
Gambar ini menunjukkan situasi di bandar, berdekatan dengan satu bangunan. Terdapat ramai orang yang sedang mengutip sampah dengan bersungguh-sungguh. Mereka mungkin adalah para sukarelawan dan pencinta alam dari pusat kebajikan kerana mereka semua kelihatan seperti sedang memakai baju yang sama. Berkemungkinan besar mereka mengutip sampah-sampah tersebut kerana ingin meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya untuk menjaga dan menyayangi alam sekitar. Mereka mungkin sedang melakukannya pada waktu tengah hari kerana tidak ramai orang yang berlalu-lalang di situ kerana mereka pergi makan tengah hari. Mereka kelihatan sedang mungutip sampah sarap di kawasan tersebut dengan menggunakan penyepit dan memasukkan sampah terseut ke dalam beg plastik yang dipegang. Jika saya salah seorang daripada sukarelawan dalam gambar itu, saya mungkin akan berasa bahagia dan bangga dengan diri saya kerana dapat membantu dan menyumbang kepada masyarakat serta alam sekitar. Pada masa yang sama juga, saya mungkin akan berasa sedih kerana sedar akan betapa banyak sampah yang berselerak di situ.
Berita Semasa | MERS (20150628)
Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan mengumumkan pada hari Ahad bahawa sejumlah 91 orang yang telah disahkan meghidapi sindrom pernafasan pesakit Timur Tengah telah dibenarkan keluar dari hospital. Ini bermakna separuh daripada semua pesakit telah sembuh daripada virus tersebut setakat ini.
Tiada kes tambahan yang dilaporkan lagi sejauh ini, mengekalkan jumlah kes MERS 182. Pihak berkuasa bagaimanapun mengesahkan satu kematian akibat MERS- menambahkan jumlah kematian kepada 32 dan kematian daripada penyakit kepada 17.6 peratus.
Walaupun wabak ini sekali lagi menunjukkan tanda-tanda perlahan - hanya tiga kes baru telah dilaporkan dari 24-27 Jun, manakala 13 kes telah disahkan dari 20-23 Jun - Pihak berkuasa berkata ada kemungkinan lebih banyak kes yang dikenal pasti pada masa akan datang, terutamanya dari Pusat Perubatan Universiti Hallym di Seoul.
Hospital ini adalah di mana pesakit yang ke-173 telah dimasukkan ke hospital tanpa mengetahui jangkitan MERS beliau. Dia yang berusia 70 tahun tinggal di hospital dari 18-24 Jun. Beliau meninggal dunia Rabu, hanya dua hari selepas secara rasmi disahkan dengan MERS.
Hampir 5,000 orang yang sama ada tinggal di atau melawat hospital dalam tempoh yang tertentu sedang dipantau untuk jangkitan mungkin, kata Jeong Eun-kyung dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit di Kementerian Kesihatan.
Antaranya, 394 daripada mereka telah dikuarantin di rumah, manakala 137 telah diasingkan dalam kemudahan perubatan. Baki 4294 orang telah diletakkan di bawah pemantauan khas oleh pihak berkuasa kesihatan.
Berita Semasa | Gelombang Haba yang Melanda Karachi, India, menyebabkan kematian 800 orang (20150624)
Suhu di Karachi pada hari Rabu itu masih tinggi - 37 darjah celsius - tetapi sekurang-sekurangnya ia semakin merosot. Sebelum itu, suhunya setinggi 45 darjah celsius.
Sekurang-kurangnya 650 mayat telah dibawa ke rumah mayat di Karachi sejak Sabtu. Banyak yang di dalam simpanan. Tetapi gelombang haba menindas - dan gangguan kuasa yang kerap dari grid elektrik cuba untuk memenuhi permintaan - bermaksud rumah mayat tidak dapat mengekalkan suhu di kemudahan yang sesak itu dengan betul.
Pegawai kesihatan dan juga keselamatan mengatakan bahawa gelombang haba tersebut telah membunuh 800 mangsa di bandar dan 38 yang lain di tempat di wilayah Sindh, selama empat hari ianya sudah berlaku. Oleh itu, pihak berkuasa takut bilangan itu akan meningkat.
_________________________________________________________________
The Rangers, pasukan separa tentera Pakistan, telah menubuhkan 10 pusat pemindahan di seluruh bandar, mengedarkan air dan tablet garam. Tetapi ianya terbukti tidak mencukupi.
Ambulans selepas ambulans tiba di Jinnah Post Pusat Perubatan Karachi ini Siswazah dengan aliran mangsa mengalami dehidrasi dan keletihan haba.
Sepanjang empat hari lepas, antara 7,000 dengan 8,000 orang telah dirawat di hospital itu, dengan kebanyakan yang mengalami strok haba, kata Seemi Jamali, seorang pegawai kanan di pusat perubatan.
Sebahagian daripada pesakit yang dibawa pula telah dijumpai rebah di tepi jalan.
Sepanjang wilayah Sindh, kerajaan tempatan telah membatalkan cuti untuk kakitangan perubatan dan membawa bantuan tambahan untuk menangani serangan pesakit.
Sukan Asia Tenggara yang ke-28 | Bola Tampar: Thailand lawan Vietnam (Lelaki) (20150616)
Juara bertahan Thailand memenangi pingat emas dalam perlawanan akhir bola tampar lelaki menentang Vietnam.
Pada hari terakhir pertandingan Sukan SEA, Thailand memenangi set pertama dengan 25-20, dan juga kedua dengan 25-19. Vietnam mencuba sedaya upaya untuk menewaskan Thailand pada set yang ketiga, tetapi Thailand terbukti terlalu hebat dan menang dengan 25-23. Justeru itu, Thailand memenangi seluruh perlawanan itu dengan 3-0.
Thailand bersaing tanpa ditewaskan dalam pertandingan itu, lalu menewaskan negara-negara jiran - Myanmar, Malaysia, Filipina dan Indonesia - dalam tiga set.
Ini bermakna Thailand telah pingat emas mereka yang ketiga berturut-turut dalam bola tampar bagi lelaki dan kemenangan keenam keseluruhan sejak sukan itu diperkenalkan pada tahun 1977.
Pada hari terakhir pertandingan Sukan SEA, Thailand memenangi set pertama dengan 25-20, dan juga kedua dengan 25-19. Vietnam mencuba sedaya upaya untuk menewaskan Thailand pada set yang ketiga, tetapi Thailand terbukti terlalu hebat dan menang dengan 25-23. Justeru itu, Thailand memenangi seluruh perlawanan itu dengan 3-0.
Thailand bersaing tanpa ditewaskan dalam pertandingan itu, lalu menewaskan negara-negara jiran - Myanmar, Malaysia, Filipina dan Indonesia - dalam tiga set.
Ini bermakna Thailand telah pingat emas mereka yang ketiga berturut-turut dalam bola tampar bagi lelaki dan kemenangan keenam keseluruhan sejak sukan itu diperkenalkan pada tahun 1977.
Sukan Asia Tenggara yang ke-28 | Pencak Silat: Singapura lawan Thailand (Perempuan) (20150613)
Nurul Suhaila Mohamed Saiful telah menewaskan pesaing Thai nya, Supparat Keawkaew dan maju ke peringkat separuh akhir dalam kategori Kelas D individu wanita.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang berada di tempat duduk penonton untuk bersorak pada atlet Singapura mengucapkan tahniah kepada Suhaila. Nurul Suhaila telah memenangi pingat perak dalam kejohanan dunia silat awal Januari ini dan diletakkan harapan untuk memenangi pingat emas pada Sukan SEA tahun ini. Dia seterusnya akan menghadapi Siti Rahmah Mohamed Nasir dari Malaysia dalam separuh akhir.
Kata Nurul Suhaila: "Saya menilaikan prestasi saya kira-kira lapan daripada sepuluh. Jika bukan kerana sakit tekak dan batuk saya, saya akan dapat menolak diri saya lebih jauh. Jadi, untuk separuh akhir, saya akan memberi lebih daripada yang terbaik. "
Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang berada di tempat duduk penonton untuk bersorak pada atlet Singapura mengucapkan tahniah kepada Suhaila. Nurul Suhaila telah memenangi pingat perak dalam kejohanan dunia silat awal Januari ini dan diletakkan harapan untuk memenangi pingat emas pada Sukan SEA tahun ini. Dia seterusnya akan menghadapi Siti Rahmah Mohamed Nasir dari Malaysia dalam separuh akhir.
Kata Nurul Suhaila: "Saya menilaikan prestasi saya kira-kira lapan daripada sepuluh. Jika bukan kerana sakit tekak dan batuk saya, saya akan dapat menolak diri saya lebih jauh. Jadi, untuk separuh akhir, saya akan memberi lebih daripada yang terbaik. "
Sukan Asia Tenggara yang ke-28 | Bola Sepak: Singapura lawan Indonesia (20150611)
Perlawanan antara Singapura dengan Indonesia pada malam Khamis tersebut menentukan pasukan manakah yang akan dapat mara ke peringkat seterusnya. Maka, kepentingan perlawanan ini sudah jelas terbukti lebih awal lagi kerana kedua-dua pasukan mempunyai azam yang kuat serta daya fizikal yang juga kuat.
Dalam tempoh sepuluh minit pertama perlawanan tersebut, sebanyak tiga kad kuning telah dikeluarkan. Pada minit yang ke-28 pula, tindakan Paulo Sitanggang telah menyebabkan penjaga gawang Singapura, Syazwan Buhari terlepas daripada menelamatkan bola. Namun begitu, Evan Dimas, yang dikatakan ramai orang sebagai pemain yang berbahaya dan patut diambil perhatian terhadap, gagal mengawal bola. Walau bagaimanapun, sepuluh minit kemudian, aksi "one-two" beliau yang kemas bersama Ahmad Noviandi serta tendangan Ahmad yang hebat telah menyebabkan Syazwan untuk menyelamatkan bola berdekatan gawangnya.Keperluan yang amat sangat bagi memenangi perlawanan tersebut telah menyebabkan jurulatih Singapura, Aide Iskandar, membuat penggantian pemainnya pada separuh masa supaya Irfan Fandi dan Faris Ramli bermain.
Walaupun ianya pertandingan yang sengit, empat pemain Singapura telah diberi amaran pada 20 minit yang terakhir. Ini telah menyebabkan pemain-pemain Singapura yang lain berasa kecewa dan Singapura tewas dengan 0-1. Sejurus selepas permainan itu juga, Aide Iskandar meletakkan jawatannya.
Pendapat saya?
Pada pendapat saya, pemain-pemain Singapura telah memberikan segala tumpuan serta usaha mereka dengan baik. Walaupun saya juga rasa bahawa prestasi mereka kali ini adalah yang paling mengecewakan, mereka boleh mempelajari daripada kesilapan mereka serta mengubah strategi mereka. Bagi jurulatih Aide Iskandar pula, dia tidak patut meletakkan jawatannya hanya kerana permainan yang mengecewakan itu. Dia boleh mengkaji tentang sebab pasukannya kalah dan mengeksperimen strategi-strategi baharu yang sesuai dengan pasukannya serta mencuba lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)